awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura ubah dasar pekerja asing mulai 1 Sep 2022

Bernama
Bernama
19/02/2022
00:00 MYT
Singapura ubah dasar pekerja asing mulai 1 Sep 2022
Republik itu akan memperhalusi cara ia menilai permohonan EP untuk menambah baik komplementari dan kepelbagaian tenaga kerja asingnya. - Foto fail/REUTERS
SINGAPURA: Singapura sedang menyelaraskan dasar pekerja asingnya yang antara lain akan menetapkan kelayakan gaji minimum untuk pemegang pas Kebenaran Pekerja (EP), dinaikkan daripada S$4,500 kepada S$5,000.
Republik itu akan memastikan kualiti pemegang EP adalah setanding dengan kualiti satu pertiga teratas daripada tenaga kerja Profesional, Pengurus, Eksekutif dan Juruteknik (PMET) tempatannya.
Sektor Perkhidmatan Kewangan pula akan terus menyaksikan gaji kelayakan minimum EP lebih tinggi, yang akan dinaikkan daripada S$5,000 kepada S$5,500.
Perubahan itu akan terlaksana pada permohonan pas EP baharu mulai 1 Sept 2022 dan bagi pembaharuan permohonan mulai 1 Sept 2023.
Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan republik itu Lawrence Wong yang membentangkan Penyata Belanjawan Kerajaan Singapura bagi Tahun Kewangan 2022 di Parlimen di sini, pada Jumaat.
"Pemegang EP harus menjadi profesional dan eksekutif kanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi kita, meningkatkan kemahiran pekerja yang bekerja dengan mereka, dan memantapkan tenaga kerja kita," katanya.
Selain kelayakan gaji, Wong berkata republik itu akan memperhalusi cara ia menilai permohonan EP untuk menambah baik komplementari dan kepelbagaian tenaga kerja asingnya serta untuk meningkatkan keyakinan dan ketelusan bagi perniagaan.
Demikian juga untuk pemegang Pas S, yang akan menerima kelayakan kenaikan gaji dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Dalam peringkat pertama, gaji kelayakan minimum untuk pemohon Pas S baharu akan dinaikkan daripada S$2,500 kepada S$3,000 pada September tahun ini.
"Kami akan memperkenalkan gaji kelayakan minimum yang lebih tinggi iaitu S$3,500 untuk sektor perkhidmatan kewangan. Gaji yang layak untuk pemegang Pas S lama juga akan dinaikkan serentak.
"Selepas itu, gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas S baharu akan dinaikkan pada September tahun depan, dan sekali lagi pada September 2025," katanya.
Pas S membolehkan kakitangan mahir peringkat pertengahan bekerja di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#dasar pekerja asing
#Kebenaran Pekerja
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan