awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal 'Qatargate': Dua ahli Parlimen Eropah ditahan

Bernama
Bernama
11/02/2023
04:55 MYT
Skandal 'Qatargate': Dua ahli Parlimen Eropah ditahan
Tarabella (gambar), Cozzolino bersama dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah. - Reuters
ROM: Dua Ahli Parlimen Eropah, Marc Tarabella dan Andrea Cozzolino telah ditahan berhubung siasatan kes rasuah "Qatargate", lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penahanan itu dibuat selepas pejabat pendakwa raya menyoal siasat Tarabella di Brussels pada Jumaat.
Polis Itali menahan Cozzolino selepas beliau mendapatkan rawatan di hospital Naples, menurut beberapa laporan media Itali.
Baru-baru ini, kekebalan kedua-dua Ahli Parlimen itu ditarik balik dan mereka telah disingkirkan daripada Kumpulan Sosialis. Mereka dituduh menerima rasuah namun, kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Pendedahan skandal itu bermula pada Disember, apabila naib presiden Parlimen Eropah ketika itu Eva Kaili, bekas Ahli Parlimen Kesatuan Eropah Pier Antonio Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.
Mereka dituduh mempengaruhi keputusan parlimen untuk memihak kepada tuan rumah Piala Dunia bola sepak Qatar dan Maghribi, sebagai pulangan bagi habuan yang diterima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli parlimen eropah
#skandal rasuah
#qatargate
#ubah wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan