INTERNATIONAL
Skim beli balik senjata susulan serangan masjid Christchurch tamat hari ini

Skim beli balik senjata separa automatik yang dilancarkan di New Zealand selepas serangan ke atas masjid di Christchurch pada Mac lalu tamat pada Jumaat. -Reuters
Skim beli balik senjata separa automatik yang dilancarkan di New Zealand selepas serangan ke atas masjid di Christchurch pada Mac lalu ditamatkan pada Jumaat.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengharamkan senjata separa automatik dan melancarkan skim membeli balik senjata selepas tembakan oleh seorang individu kulit putih yang disyaki menembak mati 51 umat Islam di dua masjid.
Skim itu juga merangkumi ratusan jenis senjata yang lain, termasuk alat gantian senjata.
Menurut sumber polis, sebanyak 56, 350 senjata dan 188,000 alat gantian senjata telah diserahkan.
“Tiada masa lanjutan akan diberi. Mereka yang gagal berbuat demikian akan kehilangan lesen memiliki dan berdepan penalti sehingga lima tahun penjara,” katanya.
Kerajaan juga sedang mengusahakan pindaan ke atas rang undang-undang senjata kedua, bagi menangani isu antara lainnya berkaitan pendaftaran senjata api.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami