awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Parlimen Arab gesa pendirian tegas, jelas terhadap genosid di Gaza

Bernama
Bernama
10/04/2025
20:00 MYT
Speaker Parlimen Arab gesa pendirian tegas, jelas terhadap genosid di Gaza
Penduduk Palestin, melarikan diri dari Rafah di tengah-tengah operasi ketenteraan Israel yang berterusan berikutan serangan semula Israel di Semenanjung Gaza, tiba di Khan Younis, Gaza, 23 Mac 2025. - Gambar fail/AP
TASHKENT: Speaker Parlimen Arab Mohammed bin Ahmed Al Yamahi menegaskan bahawa perjuangan rakyat Palestin sentiasa mendapat sokongan padu daripada negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) sejak penubuhannya, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Al Yamahi berkata sokongan itu berlandaskan keyakinan penuh terhadap hak-hak sah rakyat Palestin, khususnya dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.
Berucap pada Persidangan Keempat Rangkaian Parlimen Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Tashkent, ibu negara Uzbekistan, beliau menyeru supaya pendirian tegas dan jelas diambil terhadap perang genosid dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim pendudukan terhadap rakyat Palestin.
Beliau turut menggesa supaya sebarang rancangan atau usaha untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah bersejarah mereka ditolak sepenuhnya.
Kenyataan itu disampaikan Al Yamahi ketika berucap pada persidangan yang diadakan di luar mesyuarat Kesatuan Antara Parlimen (IPU).
Dalam ucapannya, Al Yamahi mengecam kegagalan sistem antarabangsa dan institusinya dalam melindungi rakyat Palestin yang berdepan ancaman pembunuhan setiap hari.
Speaker Parlimen Arab itu turut menegaskan keperluan untuk menegakkan dan melaksanakan undang-undang antarabangsa serta resolusi sah antarabangsa di semua negara tanpa pengecualian.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Mohammed bin Ahmed Al Yamahi
#Arab
#Israel
#rakyat Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan