awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka isytihar darurat susulan krisis ekonomi

Bernama
Bernama
02/04/2022
05:00 MYT
Sri Lanka isytihar darurat susulan krisis ekonomi
Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam. - Foto AP
COLOMBO: Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua.
Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat.
Darurat berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat.
Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kekurangan bahan api, tenaga elektrik dan pertukaran asing.
Pada Khamis, penunjuk perasaan mengadakan protes di luar kediaman Rajapaksa menuntut kerajaan menyelesaikan segera masalah gangguan elektrik.
Protes kemudian bertukar menjadi ganas menyaksikan berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan.
Ekoran itu, perintah berkurung dikuat kuasa di beberapa kawasan di Colombo sebelum ditarik balik pada Jumaat pagi.
Pada tengah malam hari yang sama polis sekali lagi mengenakan perintah berkurung di wilayah barat dan dijadual ditarik balik pada Sabtu pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darurat
#krisis ekonomi
#Gotabaya Rajapaksa
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan