SPACEX telah melancarkan enam satelit pertama Starlink yang boleh menyokong rangkaian selular pada telefon pintar.

Sistem Direct to Cell yang digunakan dilancarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi T Mobile di Amerika Syarikat.


Menerusi teknologi Direct to Cell, pelanggan tidak lagi perlu risau peranti pintar mereka tidak mempunyai rangkaian selular lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan luar bandar atau ketika melakukan aktiviti riadah.


Teknologi ini turut membolehkan rangkaian selular satelit dinikmati ketika berada di tengah-tengah laut.

Sistem telekomunikasi satelit pada iPhone pada waktu ini hanya menyokong penghantaran teks dan bukannya internet serta panggilan suara.

Ujian akan dilakukan bagi melihat kemampuan teknologi ini sebelum ia ditawarkan kepada orang ramai.

Selain T Mobile, syarikat telekomunikasi lain yang akan menawarkan Direct to Cell kepada pelanggan mereka ialah  KDDI (Jepun), Optus (Australia), One NZ (New Zealand), dan Rogers (Kanada). -Amanz