awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2025
02:00 MYT
Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Seorang lelaki diberkas polis selepas memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua. - Foto Sinar Harian
MEDAN: Seorang lelaki diberkas polis selepas memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua.
Tindakan itu dilakukan Arga, 34, di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia setelah dia tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa.
Kasat Reskrim Polres Pelabuhan Belawan, AKP Riffi Noor Faizal berkata, kejadian itu berlaku di Kelurahan Rengas Pulau, Kecamatan Medan Marelan pada 9 Januari manakala penahanan pelaku dibuat pada Jumaat lalu.
"Dia ditahan selepas pihak berkuasa menerima laporan isterinya sendiri," ujarnya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.
"Isterinya berkeras mahu berpindah segera, namun pelaku menjadikan wang sebagai alasan hingga kedua-duanya bertengkar.
"Mangsa kemudiannya meninggalkan rumah mentuanya sebelum ditemui suaminya di Jalan Speksi, Kelurahan Rengas Pulau. Di lokasi itu, dia bertindak memukul mangsa beberapa kali dan terus mengasarinya setelah tiba di rumah keluarganya," jelasnya lagi.
Mangsa yang berang diperlakukan sedemikian melaporkan perbuatan pelaku di Polres Pelabuhan Belawan dan tangkapan dibuat berdasarkan sejumlah bukti.
Tambahnya, pelaku mengakui perbuatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadapnya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#suami
#pukul isteri
#pindah
#rumah mentua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan