awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip, umum bersara dari tugas rasmi

Agensi
Agensi
04/05/2017
12:19 MYT
Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip, umum bersara dari tugas rasmi
Putera Philip telah berada di sisi isterinya sepanjang 65 tahun di atas takhta dan merupakan Raja yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British. - Foto REUTERS/Peter Nicholls
Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip, akan bersara daripada tugasan menghadiri semua upacara rasmi awam pada tahun ini.
Istana Buckingham dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, Duke of Edinburgh itu memutuskan bahawa baginda tidak akan lagi akan terbabit dalam sebarang upacara awam bermula musim luruh tahun ini.
Putera Philip telah berada di sisi isterinya sepanjang 65 tahun di atas takhta dan merupakan raja yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British.
Baginda bakal berusia 96 tahun pada 10 Jun ini dan telah mengendalikan 219 upacara rasmi kerajaan tahun lalu.
Putera Philip dan Ratu Elizabeth II berkahwin pada tahun 1947 dan akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-70 mereka pada 20 November.
An announcement regarding The Duke of Edinburgh. https://t.co/SF1bgo68Un pic.twitter.com/TO9mR70xTk
— The Royal Family (@RoyalFamily) May 4, 2017
Topic Berkaitan
#Duke of Edinburgh
#Istana Buckingham
#Putera Philip
#Ratu Elizabeth II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan