Skip to main content
Advertisement

Dunia

Sudah tiba masa wanita terajui PBB - Mexico

Mexican Secretary of Foreign Affairs Roberto Velasco Alvarez addresses the 81st United Nations General Assembly at UN headquarters in New York City, US, September 25, 2026. REUTERS/
Mexico percaya sudah tiba masanya seorang wanita menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seterusnya, kata Menteri Luar Roberto Velasco pada Perhimpunan Agung PBB pada Jumaat. - Foto REUTERS/Eduardo Munoz
Advertisement

MEXICO CITY: Mexico percaya sudah tiba masanya seorang wanita menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seterusnya, kata Menteri Luar Roberto Velasco pada Perhimpunan Agung PBB pada Jumaat.

Velasco berkata demikian ketika mengulas penarikan diri bekas Menteri Luar Chile Michelle Bachelet daripada persaingan jawatan Setiausaha Agung PBB. 

Bachelet sebelum ini mendapat sokongan Mexico, manakala Chile telah menarik balik sokongannya terhadap pencalonan beliau.

“Tidak lama lagi, seorang individu baharu akan mengetuai Sekretariat. Pendirian Mexico dalam perkara ini jelas: sudah tiba masanya bagi wanita di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Velasco, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Penggal kedua dan terakhir Setiausaha Agung PBB ketika ini, Antonio Guterres, akan berakhir pada 31 Dis 2026.

Antara calon bagi jawatan Setiausaha Agung PBB seterusnya ialah Carolyn Rodrigues-Birkett dari Guyana, Rebeca Grynspan dari Costa Rica, Rafael Grossi dari Argentina, Maria Fernanda Espinosa dari Ecuador, Macky Sall dari Senegal, Olara Otunnu dari Uganda dan Ivonne Baki dari Ecuador.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement