awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Eropah akan kecualikan Huawei, ZTE dari rangkaian 5G

Bernama
Bernama
16/06/2023
21:00 MYT
Suruhanjaya Eropah akan kecualikan Huawei, ZTE dari rangkaian 5G
Thierry Breton berkata, hanya 10 negara anggota EU telah melaksanakan pengesyoran peralatan 5G mengenai sekatan atau mengecualikan pembekal kerana menimbulkan risiko keselamatan kepada kerajaan EU. - Gambar fail/AP
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah mengumumkan pada Khamis bahawa ia tidak akan menggunakan perkhidmatan telekomunikasi 5G yang disediakan oleh syarikat China Huawei dan ZTE kerana risiko keselamatan.
"Keselamatan rangkaian adalah penting untuk kita semua di Eropah," kata Pesuruhjaya EU untuk Pasaran Dalaman, Thierry Breton dalam sidang media lapor Agensi Anadolu.
Breton berkata, hanya 10 negara anggota EU telah melaksanakan pengesyoran peralatan 5G mengenai sekatan atau mengecualikan pembekal kerana menimbulkan risiko keselamatan kepada kerajaan EU.
Menurut penilaian Suruhanjaya Eropah, negara-negara EU mengambil keputusan "wajar" untuk mengecualikan atau menyekat Huawei dan ZTE daripada rangkaian 5G kerana syarikat itu tertakluk kepada undang-undang negara sendiri yang sangat mengganggu mengenai perisikan negara dan keselamatan data.
Suruhanjaya Eropah akan melaksanakan prinsip peralatan 5G kepada perolehan perkhidmatan telekomunikasinya sendiri untuk mengelakkan pendedahan kepada Huawei dan ZTE, kata Breton.
Beliau juga menegaskan bahawa badan eksekutif EU menggesa negara anggota untuk mempercepatkan keputusan untuk menggantikan pembekal berisiko tinggi daripada rangkaian 5G mereka.
Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Jepun, India dan Kanada baru-baru ini telah mengambil langkah yang sama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Eropah
#rangkaian 5G
#Huawei
#zte
#keselamatan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan