awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU

Bernama
Bernama
12/07/2024
13:00 MYT
Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU
Platform media sosial Elon Musk, X, didapati melanggar undang-undang digital EU kerana menipu pengguna dan kegagalan dalam ketelusan, kata Suruhanjaya Eropah dalam satu penemuan awal. - Gambar fail
BRUSSELS: Platform media sosial Elon Musk, X, didapati melanggar undang-undang digital EU kerana menipu pengguna dan kegagalan dalam ketelusan, kata Suruhanjaya Eropah dalam satu penemuan awal, lapor agensi berita Jerman (dpa) pada Jumaat.
Suruhanjaya itu berkata sistem pengesahan pengguna X, yang dikenali sebagai sistem tanda semak biru, terbuka kepada penyalahgunaan oleh "pelaku berniat jahat" kerana sesiapa sahaja boleh membeli status berkenaan.
Sebelum ini, sistem tanda semak biru "digunakan untuk menunjukkan sumber maklumat yang boleh dipercayai," kata Pesuruhjaya Pasaran Dalaman EU, Thierry Breton, dalam satu kenyataan.
"Sekarang dengan X, pandangan awal kami adalah bahawa mereka menipu pengguna," katanya. "X kini mempunyai hak untuk mempertahankan diri -- tetapi jika pandangan kami disahkan, kami akan mengenakan denda dan memerlukan perubahan besar," katanya.
Di bawah undang-undang EU yang dikenali sebagai Akta Perkhidmatan Digital (DSA), platform media sosial dengan lebih daripada 45 juta pengguna aktif seperti X tertakluk kepada peraturan penyederhanaan kandungan yang luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#platform X
#media sosial
#Elon Musk
#Suruhanjaya Eropah
#undang-undang EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan