awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI

Bernama
Bernama
04/01/2025
08:30 MYT
Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI
Individu bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas dikenal pasti sebagai Matthew Alan Livelsberger, seorang veteran perang yang bergelut dengan PTSD dan masalah lain. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Penyiasat telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas dan menganggap tindakan itu sebagai bunuh diri, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Penyiasat FBI mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas sebagai Matthew Alan Livelsberger, seorang veteran perang yang bergelut dengan PTSD dan masalah lain.
  • Sheriff Polis Bandaraya Las Vegas mengklasifikasikan kejadian ini sebagai bunuh diri.
  • Tiada petunjuk menunjukkan kaitan dengan serangan lain atau mana-mana organisasi pengganas.

Penyiasat FBI, Spencer Evans, mengakui bahawa meskipun "insiden ini lebih tular dan sensasi berbanding biasa, ia akhirnya kelihatan seperti kes bunuh diri yang tragis melibatkan seorang veteran perang dan sedang bergelut dengan PTSD serta masalah lain."
Sebelum ini, Sheriff Polis Bandaraya Las Vegas, Kevin McMahill memberitahu wartawan bahawa beliau "selesa mengklasifikasikan kejadian ini sebagai bunuh diri".
Evans berkata sukar untuk mengenal pasti identiti individu terbabit kerana terbakar teruk sehingga tidak dapat dikenali.
Matthew Alan L, yang juga seorang bekas tentera di Afghanistan dipercayai membunuh diri sebelum kenderaan itu meletup.
Mengenai lokasi letupan, penyiasat menjelaskan bahawa L tidak menyimpan sebarang kebencian terhadap Presiden terpilih Donald Trump.
Tiada petunjuk yang menunjukkan kaitan dengan seorang lagi penyerang di New Orleans yang ditumpaskan beberapa jam lebih awal, atau mana-mana organisasi pengganas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Matthew Alan Livelsberger
#letupan Tesla Cybertruck
#PTSD
#veteran perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan