awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria isytihar gencatan senjata selepas pertempuran di Suwayda, seru semua pihak patuh

BantahTPPA
BantahTPPA
19/07/2025
10:23 MYT
Syria isytihar gencatan senjata selepas pertempuran di Suwayda, seru semua pihak patuh
Pejabat presiden memberi amaran bahawa "sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu akan dianggap sebagai pelanggaran kedaulatan negara secara terang-terangan." - Reuters
ANKARA: Pejabat Presiden Republik Arab Syria pada Sabtu mengumumkan gencatan senjata yang komprehensif dan serta-merta susulan kekacauan selama beberapa hari di wilayah selatan Suwayda, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, pejabat itu menyeru semua pihak "agar mematuhi sepenuhnya keputusan berkenaan, menghentikan segera semua operasi pertempuran di semua kawasan, memastikan perlindungan orang awam dan menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan."
Pejabat presiden turut memberi amaran bahawa "sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu akan dianggap sebagai pelanggaran kedaulatan negara secara terang-terangan dan akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada."
Pejabat presiden turut menggesa semua pihak agar "memberi ruang kepada negara, institusi dan pasukan keselamatan Syria untuk melaksanakan gencatan senjata secara bertanggungjawab demi memastikan kestabilan dan menghentikan pertumpahan darah."
Pada 13 Julai lalu, pertempuran tercetus antara kumpulan bersenjata Badwi dan Druze di Suwayda.
Keganasan semakin memuncak dan diikuti serangan udara Israel, termasuk ke atas kedudukan serta infrastruktur tentera Syria di Damsyik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#gencatan senjata
#Suwayda
#kepentingan orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan