awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria kini dibebani pelarian Lubnan

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2024
23:20 MYT
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Rakyat Syria kembali ke negara mereka susulan serangan Israel di Lubnan. - Foto AP
GENEVA: Serangan udara dan darat Israel di Lubnan telah memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Nasib dua negara ini berubah sekelip mata, di mana sejak beberapa tahun lalu, 1.5 juta pelarian Syria membanjiri sempadan ke Lubnan untuk melarikan diri dari keganasan perang saudara yang tidak berkesudahan.
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan dan keruntuhan ekonomi akibat serangan Israel.
Kedua-dua kerajaan Syria dan Pertubuhan Masyarakat Sivil kini mengetuai usaha bantuan, tetapi selepas 13 tahun perang saudara, Syria tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk menyokong ribuan orang yang dipindahkan dari Lubnan.
Walaupun Syria adalah sekutu Hezbollah semasa perang 2006 dengan Israel, lebih sedekad pertempuran dan malapetaka ekonomi menyebabkan negara itu menjadi sangat miskin.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan, kira-kira 60 peratus daripada mereka yang menyeberangi sempadan di Homs, kawasan luar bandar Damsyik dan wilayah pesisir pantai Tartous sebenarnya adalah rakyat Syria sendiri yang melarikan diri ke Lubnan selepas perang saudara bermula pada 2011.
Semasa sidang akhbar di Geneva, wakil UNHCR di Syria, Gonzalo Vargas Llosa, berkongsi kisah menyayat hati seorang wanita yang tiba di sempadan bersama mayat dua anaknya yang ingin dikebumikan di tanah air mereka di Syria selepas kedua-duanya terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan.
Katanya, disebabkan takut ditangkap dan dikenakan kerahan tenaga, atau menjadi mangsa keganasan yang berterusan jika mereka pulang ke negara asal mereka, ramai rakyat Syria telah lama memilih untuk kekal di Lubnan.
Namun, permusuhan yang semakin meningkat antara Israel dan Hezbollah menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lagi selain kembali ke tanah air.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grand menerusi X, menyiarkan rayuan PBB untuk mendapatkan dana AS$83 juta (RM349.96 juta) bagi memenuhi keperluan segera penduduk Lubnan yang dipindahkan, termasuk mereka yang melintasi sempadan Syria.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Syria
#lubnan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan