INTERNATIONAL
Tarif AS: Trump tidak akan tawar pengecualian dalam waktu terdekat - Greer

Trump telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan memberikan pengecualian atau kelonggaran dalam masa terdekat. - Reuters
WASHINGTON: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Jamieson Greer memaklumkan pengecualian terhadap tarif global Presiden Donald Trump tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Perkara itu dinyatakan Greer kepada Jawatankuasa Kewangan Senat AS pada Selasa.
"(Presiden) Trump telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan memberikan pengecualian atau kelonggaran dalam masa terdekat," katanya.
Tambah Greer, pelaksanaan tarif timbal balik perlu seragam untuk semua negara telibat termasuk mengelak kelompongan yang akan merosakkan matlamat pelaksanaan.Greer yang turut mengawasi pelaksanaan tarif juga menyatakan tiada garis masa khusus untuk rundingan perdagangan.
Sementara itu, Penasihat Ekonomi White House, Kevin Hassett berkata, AS mengutamakan sekutu seperti Jepun, Korea dan lain-lain untuk meneruskan rundingan perdagangan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami