awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Florence: Lima maut, termasuk ibu dan bayi dihempap pokok tumbang

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2018
02:26 MYT
Taufan Florence: Lima maut, termasuk ibu dan bayi dihempap pokok tumbang
Anggota tentera Amerika Syarikat menyelamatkan mangsa bencana susulan Taufan Florence yang melanda bandar New Bern, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Seorang wanita dan anak kecilnya maut dihempap pokok yang tumbang menimpa rumah mereka di Wilayah New Hanover, Amerika Syarikat.
Angka kematian itu dilaporkan ketika mana taufan Florence kini membadai timur negeri di Amerika Syarikat, lebih khusus di North Carolina.
Gabenor North Carolina Roy Cooper berkata, seorang lagi maut di daerah Lenoir semasa memasang enjin generator.
Di daerah sama, seorang lelaki maut apabila gagal menyelamatkan diri ketika ditiup angin kuat semasa keluar memeriksa anjingnya.
Pihak berkuasa tempatan pula melaporkan seorang lagi terbunuh di daerah Pender apabila deretan pokok yang tumbang menghalang unit kecemasan menyelamatkan wanita yang memerlukan bantuan.
Air dari Sungai Neuse membanjiri jalan-jalan susulan Taufan Florence di bandar New Bern, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Air dari Sungai Neuse membanjiri jalan-jalan susulan Taufan Florence di bandar New Bern, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Media tempatan melaporkan, mangsa maut kerana serangan jantung.
Florence membawa bersama hujan lebat sekali gus menyebabkan air sungai di tebing melimpah dan memenuhi kawasan kediaman awam.
BACA: Taufan Florence: Mangsa banjir North Carolina mula diselamatkan
Beratus-ratus orang terpaksa diselamatkan daripada terperangkap apabila paras air meningkat sehingga 3 meter susulan limpahan sungai utama di New Bern.
Cooper berkata, taufan Florence menyebabkan keadaan huru-hara di negeri tersebut.
Beliau turut khuatir bencana tersebut boleh membawa kemusnahan teruk kepada komuniti di situ.
Bot terdampar di atas jalan selepas dibawa air banjir susulan Taufan Florence di bandar New Bern, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Bot terdampar di atas jalan selepas dibawa air banjir susulan Taufan Florence di bandar New Bern, North Carolina, 14 Sept, 2018. REUTERS
Menurutnya, beberapa bahagian di negeri ini telah menyaksikan kekuatan ribut meningkat secara mendadak.
Bagaimanapun, katanya tiada mangsa korban yang dicatat setakat ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#florence
#kematian
#mangsa
#maut
#New Bern
#North Carolina
#Pokok tumbang
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan