Skip to main content
Advertisement

Dunia

Taufan Lala landa Hawaii, lebih 88,000 terputus bekalan elektrik

Lala Hawaii
Tiupan angin berada pada tahap paling kuat di Pulau Hawaii, dengan beberapa kawasan menerima hujan melebihi 13 inci, manakala keadaan semakin buruk di Maui County, Oahu dan Kauai. - AP
Advertisement

HAWAII: Taufan Lala membadai Hawaii dengan angin kencang dan hujan lebat pada Sabtu, menyebabkan lebih 88,000 pengguna terputus bekalan elektrik, lapor Anadolu Ajansi.

Gabenor Hawaii Josh Green berkata tiupan angin berada pada tahap paling kuat di Pulau Hawaii, dengan beberapa kawasan menerima hujan melebihi 13 inci, manakala keadaan semakin buruk di Maui County, Oahu dan Kauai.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii, kejadian banjir, pokok tumbang, gangguan bekalan elektrik dan angin kuat dilaporkan di seluruh Pulau Hawaii.

Hawaiian Electric berkata setakat 7 malam waktu HST, sebanyak 63,270 gangguan bekalan direkodkan di Pulau Hawaii, kira-kira 15,260 di Maui County dan sekitar 9,500 di Oahu.

Rakaman Jabatan Pengangkutan Hawaii menunjukkan air melimpah dan jalan dinaiki air, dengan beberapa laluan di Pulau Hawaii, Maui dan Oahu ditutup.

Orang ramai turut digesa berlindung di tempat masing-masing atau mendapatkan perlindungan.

Polis Hawaii pula melaporkan gangguan meluas termasuk penutupan Kahikopele Street di Mountain View akibat banjir, manakala Pauahi Street dan  turut terjejas.

Hawaiian Electric berkata tiupan angin hampir 90 batu sejam direkodkan di beberapa kawasan di Pulau Hawaii, dengan pokok tumbang merosakkan beberapa tiang dan struktur di sepanjang laluan talian penghantaran sejauh 42 batu di pantai Hamakua.

Syarikat utiliti itu berkata pengguna di Pulau Hawaii dan Maui yang masih terputus bekalan elektrik dijangka terus berdepan gangguan sekurang-kurangnya sepanjang malam berikutan keadaan berbahaya yang menjejaskan kerja pemulihan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement