awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Mangkhut: Hong Kong lumpuh, loji kuasa nuklear China berdepan ancaman

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/09/2018
10:48 MYT
Taufan Mangkhut: Hong Kong lumpuh, loji kuasa nuklear China berdepan ancaman
Taufan itu yang kini bergerak menghala ke barat China dijangka memberi kesan kepada dua loji kuasa nuklear di Wilayah Guangdong. - Foto REUTERS
Taufan Mangkhut yang bergerak daripada Filipina kini melanda Hong Kong bermula lewat pagi tadi.
Pihak berkuasa Hong Kong turut mengeluarkan amaran taufan tahap 10, pagi ini susulan Taufan Mangkhut yang melanda bandaraya itu.
Amaran yang dikeluarkan The Observatory, badan pemantau cuaca Hong Kong turut memaklumkan angin beserta ribut dengan kelajuan 175 kilometer sejam menyebabkan taufan itu bergerak 30 kilometer sejam.
Menerusi beberapa video amatur yang dikongsikan pengguna media sosial, beberapa kawasan di Hong Kong kini dilanda banjir.
Selain itu, terdapat beberapa bangunan yang terjejas terutama di kawasan tapak pembinaan.
Pada masa sama, syarikat penerbangan tempatan yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong seperti Cathay Pacific, Cathay Dragon dan Hong Kong Airlines telah membatalkan 543 penerbangan melibatkan 96,000 penumpang.
BACA: Taufan Mangkhut: China dalam keadaan berjaga-jaga
Pihak berkuasa penerbangan memaklumkan 889 penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan.
Sementara itu, perkhidmatan MTR seperti bas dan keretapi aliran ringan turut ditangguhkan selepas amaran tahap 9 dikeluarkan 8.30 pagi tadi.
Taufan itu yang kini bergerak menghala ke barat China dijangka memberi kesan kepada dua loji kuasa nuklear di Wilayah Guangdong.
Amaran taufan tahap 10 terakhir sekali dikeluarkan pada Ogos 2017, iaitu Taufan Hato.
Bagaimanapun, ribut dan banjir kali ini dijangka lebih kritikal berbanding Taufan Hato.
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana alam
#China
#Filipina
#Hong Kong
#penerbangan
#Taufan Mangkhut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan