MOSCOW: Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal, kata Naib Gabenor Nilo Demerey Jr pada Rabu.
"Pemindahan penduduk di kawasan banjir dan tanah runtuh sudah bermula di bandar yang berbeza. Kami sedang memantau pemindahan awal itu," lapor Sputnik memetik kenyataan Demerey kepada Agensi Berita Filipina.
Taufan Rai, yang digelar Odette di Filipina, diiringi tiupan angin kencang yang mencecah sehingga 160 km sejam. Meskipun Rai tidak sekuat taufan sebelum ini, namun ia berisiko menyebabkan tanah runtuh akibat hujan ribut.
Naib gabenor menambah bahawa angka keseluruhan isi rumah yang dipindahkan masih belum diketahui.
Berikutan Odette dan monsun timur laut, amaran angin ribut kekal berkuat kuasa di wilayah yang dijangka paling kuat terjejas iaitu tenggara Samar, Leyte, Bohol dan Kepulauan Camotes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal. - Foto AP
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Angka korban akibat Taufan Rai di Filipina meningkat kepada 375 orang
56 individu dilaporkan hilang manakala lebih 500 lagi cedera susulan kejadian itu.
Mesej tular tentang ekor, kepala Taufan Rai tidak benar - MET Malaysia
Taufan Rai bergerak ke arah barat-barat daya Laut China Selatan dan tidak akan menuju ke Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Rai: Angka kematian di Filipina meningkat kepada 208
52 orang lain masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa kini sedang giat dilakukan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Rai bakal melanda, pihak berkuasa Filipina mula pindahkan penduduk
Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal.