awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di Baltimore: Suspek seorang pengecut - Datuk Bandar

Agensi
Agensi
03/07/2023
05:54 MYT
Tembakan di Baltimore: Suspek seorang pengecut - Datuk Bandar
Scott menegaskan, pihak berkuasa tidak akan melepaskan mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu, yang disifatkan sebagai pengecut. - Gambar fail/REUTERS
BALTIMORE: Pihak berkuasa Baltimore, Amerika Syarikat (AS) giat memburu suspek insiden tembakan yang mengakibatkan dua maut, manakala 28 lagi cedera dalam kejadian pada pagi Ahad.
Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scott pada sidang akhbar menegaskan, pihak berkuasa tidak akan melepaskan mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu, yang disifatkan sebagai pengecut.
"Ini merupakan keganasan semberono dan pengecut yang telah meragut dua nyawa dan menjejaskan banyak nyawa lain.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan mencari pihak yang bertanggungjawab dan tidak akan berhenti sehingga berjaya melakukannya," katanya seperti dilapor AP.
Dalam masa sama, Scott meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu penyiasat bagi mengesan suspek.
Dia turut menggelarkan insiden tersebut sebagai tembakan beramai-ramai.
"Kami mahu (insiden) tembakan ini diperlakukan sebagaimana ia berlaku di kawasan pedalaman Amerika.
"Kami mahu semua orang tampil ke depan dan berkata (dedahkan maklumat kejadian), lakukan ini seolah-olah itu adalah anak perempuan, anak lelaki, adik beradik, atau sepupu anda yang berada di lokasi kejadian," ujarnya lagi.
Terdahulu, polis Baltimore memaklumkan menerima beberapa panggilan mengenai tembakan sejurus selepas jam 12:30 pagi Ahad waktu tempatan di kawasan kejiranan Brooklyn di negeri Maryland. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Tembakan Baltimore
#Mangsa tembakan Baltimore
#luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan