Seorang bekas tentera marin Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan rambang di khalayak ramai di dalam sebuah bar di pinggir Los Angeles, lantas mengorbankan sejumlah 12 orang termasuk seorang timbalan sherif.
Ketika itu, bar berkenaan dipenuhi ramai penuntut kolej dan orang dewasa yang sedang bersosial, lapor Reuters.
Sherif Ventura County, Geoff Dean menamakan suspek berkenaan sebagai Ian Long, 28, yang juga terkorban dalam insiden gempar itu. Menurut Dean, Long mengakhiri nyawanya dengan menembak diri sendiri.
Suspek tersebut menggunakan pistol Glock .45-kaliber untuk menembak secara rambang tanpa motif yang diketahui.
Beberapa orang turut cedera dalam kejadian di Borderline Bar and Grill berkenaan yang merupakan lokasi popular dalam kalangan penduduk di Thousand Oaks.
Dean berkata, ketika insiden berlaku, di bar tersebut terdapat enam pegawai penguatkuasa pelbagai agensi yang sedang di luar waktu tugas. Beberapa saksi memberitahu, para penguatkuasa tersebut dilihat berdiri di hadapan pengunjung lain untuk melindungi mereka.
"Keadaan di dalam bar sangat dahsyat dan mengerikan. Darah ada di mana-mana dan suspek itu adalah sebahagian daripadanya,” ujar Dean.
Kejadian tembakan rambang tersebut adalah yang ketiga terjadi di AS dalam tempoh hampir tiga minggu selepas kes kematian dua wanita dalam kelas yoga di Tallahassee, Florida dan 12 hari selepas kes tembakan rambang di Pittsburgh yang mengorbankan 11 orang.
Agensi
Thu Nov 08 2018
Pihak polis mengawal kawasan sekitar lokasi kejadian di Thousand Oaks, California. - Reuters
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tembakan di bar ragut 4 nyawa
Dua suspek tiba dengan motosikal dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.
3 maut, 3 cedera dalam insiden tembakan di bar Oklahoma
Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.
Bimbang gelombang keempat COVID-19: Korea Selatan tutup kelab malam, pusat hiburan
Perintah itu dikuatkuasakan selepas kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan, sekali gus mencetus kebimbangan tentang kemungkinan penularan gelombang keempat.
COVID-19: Perintah berkurung kembali dilaksanakan di Havana
Perintah tersebut sekali gus menyaksikan perkhidmatan restoran, bar dan kolam renang diarah tutup sekali lagi, selain penggantungan perkhidmatan awam dan larangan ke pantai.
Serangan bar di Mexico, 23 maut, 13 cedera
Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam kebakaran ke atas sebuah bar yang dipercayai akibat serangan.
Tembakan rambang di bar California, 12 terbunuh
Suspek yang dikenal pasti sebagai Ian Long turut mengakhiri nyawanya sendiri dalam kejadian tersebut.
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, 6 cedera dalam kebakaran bar di Perancis
Kebakaran itu dicetuskan oleh lilin di atas kek hari jadi, yang membakar siling polistirena di bilik bawah tanah tersebut di mana majlis sedang berlangsung.
Bar di Dublin guna gambar Trump sebagai latar tempat buang air kecil
Para pekerja di bar Adelphi berkata, mereka belum pernah menerima sebarang aduan mengenai tandas baharu tersebut.
Pasaran kafe, bar terus berkembang di Asia Pasifik
Sebagai pasaran kedua terbesar bagi kafe dan bar selepas Eropah Barat, rantau Asia Pasifik menawarkan pertumbuhan yang kukuh.