awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan rambang Paris: Dua terkorban, empat cedera parah

Agensi
Agensi
23/12/2022
12:58 MYT
Tembakan rambang Paris: Dua terkorban, empat cedera parah
Sekurang-kurangnya dua terkorban dan empat yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang yang berlaku di tengah bandar Paris. - fotoREUTERS
SEKURANG-kurangnya dua terkorban dan empat yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang yang berlaku di tengah bandar Paris.
Menurut pihak berkuasa, suspek yang berusia 69 tahun bagaimanapun ditahan berhubung kejadian yang berlaku di stesen Gare de I’Est yang terletak berhampiran pusat kebudayaan Kurdish.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan yang juga dipenuhi restoran dan premis perniagaan lain itu untuk tempoh terdekat.
Menurut saksi yang bekerja di kedai berhampiran, suspek melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengorbankan beberapa nyawa orang awam.
Dua daripada yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi cedera parah.
Polis menahan suspek tanpa menerima tentangan dan mereka dilaporkan menemui senjata yang digunakan dalam serangan itu.
Pihak pendakwa raya telah membuka kertas siasatan dan memaklumkan masih belum ada petunjuk motif kejadian yang berlaku.
Topic Berkaitan
#Paris
#tembakan rambang
#Gare de I Est
#pusat kebudayaan Kurdish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan