Skip to main content

Dunia

Tentera Israel lancar operasi pencerobohan, dirikan pos kawalan di barat daya Syria

Smoke billows from southern Lebanon, following Israeli strikes, as seen from Nabatieh, Lebanon, May 30, 2026. REUTERS/ Stringer
Selain di Lubnan, Israel juga melancarkan serangan udara dan operasi darat di Syria, yang mengakibatkan korban awam serta kerosakan terhadap infrastruktur ketenteraan. - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Tentera Israel pada Sabtu melancarkan operasi pencerobohan di sekitar perkampungan al-Samdaniyah di Wilayah Quneitra, barat daya Syria, dan mendirikan pos kawalan sementara bagi memeriksa orang ramai yang melalui kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Pasukan Israel yang terdiri daripada tiga kenderaan tentera memeriksa orang ramai sebelum berundur dari kawasan itu, menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Dalam insiden berasingan selepas tengah malam, pasukan Israel yang terdiri daripada lebih 15 kenderaan tentera mara ke perkampungan Al-Asha di selatan Quneitra, menggeledah sebuah rumah dan gudang makanan ternakan sebelum berundur, tambah SANA.

Selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada 8 Dis 2024, Israel mengisytiharkan Perjanjian Pelepasan Tentera 1974 dengan Syria tidak lagi berkuat kuasa dan memasuki zon penampan yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pentadbiran baharu Syria berulang kali menegaskan komitmennya terhadap perjanjian itu.

Walaupun tiada ancaman secara langsung daripada kepimpinan baharu Syria, Israel terus melancarkan serangan udara dan operasi darat di Syria, yang mengakibatkan korban awam serta kerosakan terhadap infrastruktur ketenteraan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement