Tentera kerajaan Syria melakukan serangan darat dan udara ke atas kubu kuat kumpulan anti-kerajaan di pinggir Damsyik.

Ia merupakan serangan balas selepas kumpulan anti-kerajaan melancarkan serangan bom kereta.

Kumpulan aktivis mendakwa serangan tertumpu di kawasan perumahan Douma yang cuba dikuasai pasukan tentera sejak beberapa minggu lalu.

Sehingga kini ia telah menyebabkan 12 orang terbunuh.

Dalam pada itu, petempuran juga berlaku di kawasan bandar Nabk yang terletak antara Damsyik dan Homs.

Ia merupakan lokasi strategik bagi kedudukan tentera dan penempatan senjata untuk menghadapi peperangan.

Pengusaan beberapa bandar satelit akan memperkukuhkan lagi usaha Presiden Bashar Assad mempertahankan lagi pentadbirannya.

Beberapa hari lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan krisis Syria sejak Mac 2011 telah menyebabkan lebih 60,000 orang terbunuh.