awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima pekerjaan bersesuaian, atau hilang bantuan pengangguran - Joe Biden

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2021
04:51 MYT
Terima pekerjaan bersesuaian, atau hilang bantuan pengangguran - Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan penganggur yang mendapat tawaran pekerjaan yang bersesuaian harus menerima peluang tersebut atau berdepan risiko kehilangan bantuan pengangguran. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menegaskan penganggur di negara itu yang mendapat tawaran pekerjaan yang sesuai harus menerima peluang tersebut atau berdepan risiko kehilangan bantuan pengangguran kerajaan.
Komennya dibuat selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika mengumumkan program bantuan AS$350 bilion kepada kerajaan negeri dan tempatan.
Ini adalah bantuan tambahan dari pelan bantuan AS$1.9 trilion yang diluluskan sebelum ini.
Sebelum ini banyak pihak mengkritik bahawa bantuan pengangguran yang banyak diberikan sebelum ini membuatkan orang ramai tidak ingin cari kerja.
Amerika mengumumkan kadar pengangguran pada April naik 0.1 peratus kepada 6.1 peratus.
Bantuan AS$350 bilion itu disertai dengan senarai bagaimana peruntukan itu seharusnya dibelanjakan.
Ini termasuk untuk perbelanjaan kesihatan dan memulihkan hasil kerajaan negeri dan tempatan yang terkesan.
Ia tidak boleh digunakan untuk pemotongan cukai, membayar hutang atau meningkatkan simpanan.
Dana ini dijangka meningkatkanpeluang pekerjaan terutama selepas laporan data pekerjaan mendedahkan yang Amerika hanya berjaya mewujudkan satu per empat pekerjaan baharu daripada sasaran sejuta pekerjaan.
Ini menunjukkan pekerjaan baharu sukar diwujudkan biarpun dengan bantuan kerajaan yang besar.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Amerika Syarikat
#kerajaan
#presiden
#kesihatan
#cukai
#Joe Biden
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan