awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Rundingan AS-Iran di Muscat pada Ahad dibatalkan - Menteri Luar Oman

Bernama
Bernama
14/06/2025
22:00 MYT
[TERKINI] Rundingan AS-Iran di Muscat pada Ahad dibatalkan - Menteri Luar Oman
Albusaidi (kanan) dan Araghchi ketika mengadakan pertemuan di Kedutaan Oman di Rom, Itali, 23 Mei 2025. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pusingan keenam rundingan nuklear antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadualkan berlangsung pada Ahad di Muscat tidak akan diteruskan, menurut pengesahan Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi menerusi hantaran di platform X.
Rundingan itu yang dirancang susulan lima pusingan sebelumnya sejak April - dengan sesi diadakan secara berselang antara Muscat dan Rom - bertujuan menggantikan perjanjian nuklear 2015 (JCPOA) menerusi perbincangan tidak langsung yang diketuai oleh Utusan Khas AS Steve Witkoff dan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi.
Walaupun dibatalkan, Albusaidi menegaskan bahawa "diplomasi dan dialog kekal sebagai satu-satunya jalan ke arah keamanan berkekalan."
Oman memainkan peranan sebagai pengantara secara senyap tetapi penting sepanjang proses itu, termasuk menjadi tuan rumah rundingan.
Peningkatan ketegangan serantau, termasuk serangan terkini Israel terhadap kemudahan nuklear Iran dan tindak balas peluru berpandu oleh Iran, menyumbang kepada penangguhan rundingan tersebut.
Ketegangan yang memuncak itu turut menimbulkan keraguan terhadap kelangsungan rundingan selanjutnya, lapor media antarabangsa.
The Iran US talks scheduled to be held in Muscat this Sunday will not now take place. But diplomacy and dialogue remain the only pathway to lasting peace.
— Badr Albusaidi - (@badralbusaidi) June 14, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan AS-Iran
#nuklear
#Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi
#Oman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami