awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersilap rakam percutian Vegas dalam mod selfie, lelaki diberi peluang kedua

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
23/11/2015
02:10 MYT
Tersilap rakam percutian Vegas dalam mod selfie, lelaki diberi peluang kedua
Viral di media baru-baru ini, perbuatan lucu seorang bapa warga Irish, Joseph P.Griffin yang merakam perjalanannya di Las Vegas dalam keadaan mod 'selfie' secara tidak sengaja.
VIRAL di media baru-baru ini, perbuatan lucu seorang bapa warga Irish, Joseph P. Griffin yang merakamkan perjalanannya di Las Vegas dalam keadaan mod ‘selfie’ secara tidak sengaja.
Joseph yang berlepas untuk bercuti di Las Vegas telah membawa sekali kamera mudah alih Go Pro yang diberikan oleh anaknya, Evan Griffin untuk merakam perjalanannya ke situ bagi tujuan kenangan.
Apa yang melucukan ialah, Joseph telah merakam sepanjang perjalanannya di Vegas dalam keadaan mod ‘selfie’ tanpa disedari.
Anaknya, Evan Griffin kemudian memuat naik video tersebut di laman YouTube pada 13 November dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.
Lebih menarik, selepas video tersebut mendapat tontonan lebih dari 7 juta, Joseph diberi peluang kedua untuk bercuti di Las Vegas dan merakam sepanjang perjalanannya di situ dengan menggunakan Go Pro.
Hadiah percutian ini telah diberikan oleh Las Vegas Convention and Visitors Authority khas untuk Joseph dan Evan.
Memetik laporan Yahoo!, mereka dikatakan telah menerima layanan VIP sepanjang percutian mereka disitu.
Topic Berkaitan
#Go Pro
#Irish
#Las Vegas
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan