awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teruja lihat 'UFO' dan 'makhluk asing' depan mata

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2024
05:30 MYT
Teruja lihat 'UFO' dan 'makhluk asing' depan mata
Rakaman penampakan UFO itu menerima pelbagai respons pengguna media sosial. - Foto Agensi
Sepasang suami isteri di Kanada terkejut selepas melihat dua objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti (UFO) di ruang udara Sungai Winnipeg di Ottawa.
Justin Stevenson dan pasangannya, Danielle sedang menaiki kereta melalui Fort Alexander ketika mereka bertembung dengan objek misteri bercahaya ketika insiden pada bulan lalu.
"Objek misteri seperti bebola itu terang seperti cahaya matahari dan ia kemudiannya hilang di sebalik awan. Pengalaman melihat UFO di depan mata seperti dalam filem sains fiksyen.
"Saya rasa sudah melihat beberapa makhluk asing," ujarnya dengan teruja yang turut merakamkan kejadian itu dan dimuat naik ke Facebook.
Penemuan tidak dijangka itu, sekali gus meyakinkan Stevenson tentang kehidupan di luar bumi.
"Saya agak skeptikal sebelum ini. Kini, saya percaya ada makhluk lain di luar angkasa sana," katanya lagi.
Klip yang sudah ditonton lebih 650,000 kali itu turut menarik perhatian pentaksub teori konspirasi dan kumpulan menjejaki makhluk asing yang menyifatkan ia sebagai 'anamoli pelik' serta 'gambar jelas UFO'.
Ada juga pengguna media sosial yang cuba memberikan penjelasan lebih logik dan berpendapat ia mungkin belon cuaca atau dron.
Difahamkan, Ottawa telah menyaksikan lonjakan kejadian penampakan UFO dan sebanyak 17 insiden dilaporkan pada 2023 termasuk daripada sumber boleh dipercayai seperti juruterbang serta kru WestJet, Air France dan British Airways yang mendakwa melihat objek tersebut.
Pada Februari 2023, dua syarikat penerbangan mendakwa telah melihat cahaya pelik di ruang udara Quebec malah ia turut didokumenkan menerusi pangkalan data dalam talian yang dikendalikan oleh Pengangkutan Kanada. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#UFO
#Kanada
#Ottawa
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan