awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan

Bernama
Bernama
16/01/2025
14:30 MYT
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik rakyatnya pulang, termasuk peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, durian dan getah. - Gambar hiasan/Bernama
NARATHIWAT: Kerajaan Thailand menyeru rakyatnya yang bekerja di Malaysia agar pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan yang kini tersedia di negara sendiri, kata Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham.
Beliau berkata sebelum ini ramai rakyat Thailand, terutamanya dari wilayah selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani, berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan serta di restoran sebagai tukang masak atau pelayan kerana tawaran gaji yang lebih tinggi
"Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, kami berharap mereka kembali untuk membangunkan negara sendiri," katanya kepada media Malaysia menerusi penterjamah bahasa semasa lawatan mereka di sini baru-baru ini.
Trakul berkata kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik rakyatnya pulang, termasuk peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, durian dan getah.
Selain itu, katanya kerajaan Thailand juga menumpukan kepada aspek keselamatan dan keamanan untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
"Walaupun tawaran gaji mungkin tidak setinggi di Malaysia, kami yakin dengan bantuan kerajaan, mereka mampu hidup selesa di Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Thailand
#seruan pulang
#pekerjaan
#selatan thailand
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan