awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat bunyi letupan, gegaran di Ipoh pagi tadi
DUNIA
Modi maklumkan Operasi Sindoor masih berjalan, tolak mediasi dalam perbualan telefon dengan Trump
GADGETS
DJI dakwa dron keluarannya mungkin diharamkan di AS pada penghujung 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Thailand tolak ICJ, tegaskan penyelesaian dua hala dalam pertikaian sempadan dengan Kemboja

Bernama
Bernama
16/06/2025
21:50 MYT
Thailand tolak ICJ, tegaskan penyelesaian dua hala dalam pertikaian sempadan dengan Kemboja
Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra (tengah) menegaskan, negaranya tidak akan menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja.
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menegaskan, negaranya tidak akan menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian sempadan dengan Kemboja, dan menekankan bahawa mekanisme dua hala kekal sebagai kaedah penyelesaian yang lebih diutamakan.
"Thailand tidak mengiktiraf bidang kuasa ICJ dan tidak akan mengambil bahagian dalam prosiding tersebut.
"Kerajaan yakin bahawa mekanisme dua hala, yang mencerminkan keikhlasan kedua-dua negara, merupakan penyelesaian yang berkesan dan menjanjikan," katanya menerusi hantaran di platform X pada Isnin.
Terdahulu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet mengesahkan, negaranya telah secara rasmi mengemukakan kes itu kepada ICJ berkaitan pertikaian sempadan di empat kawasan: Ta Moan Thom, Ta Moan Toch, Ta Krabei dan kawasan Mum Bei.
Dalam kenyataan di media sosial pada Isnin, Hun Manet berkata, Duta Besar Kemboja ke Belanda, Kimsour Sovannary, telah menyerahkan surat pemfailan kes itu kepada Pendaftar ICJ, Philippe Gautier.
Ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu meningkat susulan pertembungan maut pada 28 Mei di wilayah Ubon Ratchathani, timur laut Thailand dan wilayah Preah Vihear di utara Kemboja, yang dilaporkan mengakibatkan kematian seorang sarjan Kemboja berusia 48 tahun.
Thailand dan Kemboja telah lama terbabit dalam pertikaian berhubung sempadan darat sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan.
Mengulas mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) yang baru sahaja selesai diadakan di Phnom Penh, Paetongtarn berkata, perbincangan berlangsung secara positif, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan antara kedua-dua pihak.
Mesyuarat dua hari itu, yang diadakan selepas 12 tahun tertangguh, berakhir pada Ahad.
Pada hari yang sama, Kemboja telah mempelawa Thailand untuk menyelesaikan pertikaian sempadan mereka secara bersama di ICJ, dengan menyifatkannya sebagai pilihan terbaik bagi menamatkan kemelut berkenaan.
Menteri Kemboja yang bertanggungjawab terhadap Sekretariat Negara bagi Hal Ehwal Sempadan, Lam Chea berkata, rujukan kepada ICJ akan memastikan penyelesaian yang adil dan tidak berpihak dalam kontroversi sempadan itu.
Lam Chea yang turut mempengerusikan mesyuarat JBC, memaklumkan bahawa keempat-empat kawasan pertikaian tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat JBC akan datang.
Thailand dijadual menjadi tuan rumah mesyuarat JBC seterusnya pada September 2025.
Sementara itu, Paetongtarn turut menegaskan, kerajaan Thailand tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menutup pusat pemeriksaan sempadan Thailand-Kemboja.
Beliau menjelaskan, langkah semasa hanya melibatkan pengawalseliaan waktu pembukaan dan penutupan pusat pemeriksaan, sebagaimana diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (NSC), yang telah memberikan kuasa kepada pihak tentera. Langkah itu, katanya, bertujuan mengelak risiko berkaitan pergerakan tentera dan penggunaan senjata jarak jauh oleh pihak Kemboja.
"Pelarasan sementara waktu operasi pusat pemeriksaan adalah perlu demi keselamatan orang awam. Langkah ini mungkin disemak semula sekiranya keadaan bertambah baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#ICJ
#Thailand tolak ICJ
#pertikaian sempadan Kemboja
#PM Paetongtarn Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami