awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya

Agensi
Agensi
19/08/2024
12:43 MYT
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin Shinawatra tidak begitu risau dengan perbicaraan kes jenayah yang akan dihadapinya kerana memfitnah golongan diraja, yang boleh menyebabkan beliau dikenakan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak begitu risau dengan perbicaraan kes jenayah yang akan dihadapinya kerana memfitnah golongan diraja, yang boleh menyebabkan beliau dikenakan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Sejurus tiba di Bangkok, beliau memberitahu bahawa kes itu mungkin tidak ada kesan, dan beliau serahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, ia mungkin tiada apa-apa. Ia adalah urusan untuk para peguam. Kes ini telah difailkan sejurus selepas rampasan kuasa berlaku.
“Ia mungkin digunakan untuk mengukuhkan kuasa mereka. Tiada apa yang perlu dibimbangkan, dan saya tak risau langsung,” katanya lagi.
Jutawan yang berpengaruh tetapi penuh dengan kontroversi itu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2006.
Nasib yang serupa menimpa kerajaan yang diterajui adiknya, Yingluck, pada 2014, sesuatu yang dilihat oleh pemerhati sebagai usaha jangka panjang oleh pihak ultra-konservatif untuk menghapuskan pengaruh keluarga Shinawatra daripada politik Thailand.
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Dalam pada itu agensi berita AP melaporkan bekas Perdana Menteri itu memakai baju berwarna kuning ketika menghadiri perbicaraan tersebut, warna yang sering dikaitkan dengan warna diraja yang dipakai oleh raja sebelum ini, dan raja kini iaitu Maha Vajiralongkorn.
Pada Ahad lepas, anak bongsunya Paetongtarn telah diperkenan untuk menjadi Perdana Menteri selepas Mahkamah Perlembagaan melucutkan jawatan tersebut daripada Srettha Thavisin, susulan pelanggaran etika.
Selain itu, peguam Thaksin, Winyat Chatmontree membuat perkongsian di Facebook bahawa Thaksin telah dikurniakan Pengampunan Diraja sempena hari ulang tahun kelahiran Maha Vajiralongkorn.
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Pengampunan Diraja
#kes jenayah
#Maha Vajiralongkorn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan