awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2023
01:45 MYT
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson ketika meninggalkan rumahnya di London. - Foto AP
LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberitahu Jawatankuasa Siasatan Parlimen negara itu bahawa tiada bukti beliau sengaja mengelirukan Ahli Parlimen mengenai parti haram yang diadakan di pejabatnya di Downing Street semasa perintah berkurung COVID-19.
Jawatankuasa Khas Parlimen menyiasat kenyataan yang dibuat Johnson kepada Dewan pada Disember 2021 untuk menentukan sama ada beliau sengaja mengelirukan Ahli Parlimen tentang parti itu.
Dalam dokumen bukti setebal 52 muka surat yang diserahkan kepada jawatankuasa dan diterbitkan pada hari Selasa, Johnson berkata, beliau menerima bahawa Dewan Rakyat telah diperdayakan oleh kenyataannya tetapi tiada apa-apa yang menunjukkan beliau sengaja berbohong.
Beliau menyifatkan beberapa dakwaan yang dihadapinya daripada jawatankuasa itu sebagai tidak masuk akal serta menuduhnya sebagai tidak adil, sangat partisan dan melampaui terma rujukannya.
Jawatankuasa itu terdiri daripada tujuh Ahli Parlimen dengan majoriti ahli daripada Parti Konservatif yang memerintah.
Tegas Johnson, adalah jelas daripada penyiasatan itu bahawa tiada bukti sama sekali yang menyokong dakwaan bahawa beliau secara sengaja atau melulu mengelirukan Dewan.
Jawatankuasa itu akan menyoal Johnson secara peribadi apabila beliau memberikan bukti lisan dalam sesi televisyen pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Downing Street
#Jawatankuasa Siasatan Parlimen Negara
#parti haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan