awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra

Bernama
Bernama
22/01/2025
08:45 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Kebakaran di pusat peranginan ski itu meragut 76 nyawa dan 51 yang lain cedera.- Gambar fail
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran dahsyat di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye yang meragut 76 nyawa dan 51 yang lain cedera.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan susulan kejadian tragik itu melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul.
"Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Turkiye serta keluarga dan mangsa yang terlibat. Malaysia bersama bersolidariti dan mendoakan agar diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi waktu yang sukar ini," menurut Wisma Putra.
Rakyat Malaysia di Turkiye yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara pada waktu pejabat di talian +(90) 312 446 35 47/48 atau selepas waktu pejabat di +(90) 507 812 8406. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan melalui e-mel di [email protected].
Sebagai alternatif, mereka boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di talian +(90) 212 989 10 01/09 pada waktu pejabat atau +(90) 531 716 0551 di selepas waktu pejabat. Bantuan juga boleh didapati melalui e-mel di [email protected].
Menurut laporan antarabangsa, 52 daripada mangsa yang maut telah dikenal pasti, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, pada Selasa malam.
Kebakaran di hotel berkenaan di Wilayah Bolu telah mengejutkan 238 tetamu yang menginap pada malam sebelumnya.
Ketika ini, Turkiye sedang dalam tempoh cuti sekolah, dengan pusat peranginan ski popular Kartalkaya menarik ramai pengunjung untuk percutian musim sejuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Turkiye
#tiada rakyat Malaysia terlibat
#Wisma Putra
#hotel grand kartal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan