awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam serangan tembakan pengganas di Vienna

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2020
02:25 MYT
Tiga maut dalam serangan tembakan pengganas di Vienna
Tentera akan melindungi beberapa lokasi tumpuan di ibu kota supaya polis dapat memfokus kepada operasi anti-keganasan. - REUTERS
SEKURANG-kurangnya tiga maut selepas beberapa suspek bersenjata melancarkan serangan tembakan di tengah Vienna, Austria pada Isnin.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang suspek berjaya melarikan diri daripada insiden yang digelar oleh Canselor Sebastian Kurz sebagai satu “serangan keganasan yang menjijikkan.”
Menteri Dalam Negeri Karl Nehammer memberi amaran supaya orang ramai elak dari kawasan tengah bandar itu.
Jelas beliau, kawalan di sekitar kawasan sempadan dipertingkatkan manakala kanak-kanak juga tidak diwajibkan hadir ke sekolah pada Selasa.
Nehammer dalam sidang media memaklumkan bahawa “beberapa” individu terkorban dalam insiden tersebut.
Seorang pegawai kemudian menjelaskan bahawa terdapat dua korban termasuk seorang orang awam dan seorang suspek penyerang.
“Kami telah mendapat kerjasama beberapa unit pasukan khas yang kini memburu beberapa suspek pengganas,” jelas Nehammer kepada media tempatan ORF.
Ujar Kurz pula, tentera akan melindungi beberapa lokasi tumpuan di ibu kota supaya polis dapat memfokus kepada operasi anti-keganasan.
Katanya kepada ORF, kumpulan penyerang berkenaan “dilengkapi baik dengan senjata automatik” dan telah “bersiap siaga secara profesional”.
Sebelum ini, pihak polis memaklumkan menerusi Twitter bahawa seorang individu maut dalam serangan itu manakala salah seorang yang cedera termasuk pegawai polis.
CONFIRMED at the moment: *08:00 pm: several shots fired, beginning at Seitenstettengasse *several suspects armed with rifles *six different shooting locations * one deceaced person, several injured (1 officer included) *1 suspect shot and killed by police officers #0211w
— POLIZEI WIEN (@LPDWien) November 2, 2020
Menurut Nehammer, serangan berlaku di enam lokasi yang berhampiran sebuah sinagog.
Serangan turut berlaku hanya beberapa jam sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan secara berperingkat bagi mengekang koronavirus, dengan hotel, kafe dan restoran ditutup serta kawalan ke atas pergerakan bermula pada waktu malam.
Topic Berkaitan
#Vienna
#austria
#serangan
#tembakan
#pengganas
#keganasan
#maut
#COVID-19
#perintah berkurung
#Perancis
#Sebastian Kurz
#Karl Nehammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan