Skip to main content

Dunia

Timba ekskavator jatuh ke atas bas mini, enam maut di ibu negara Ethiopia

_BAS MINI_Facebook
Keadaan bas mini yang dihempap timba sebuah ekskavator di Addis Ababa. - Foto Facebook/Edl Abebe
Advertisement

ADDIS ABABA: Enam maut dan beberapa orang lagi cedera di Addis Ababa pada Isnin selepas timba sebuah ekskavator jatuh dan menghempap sebuah bas mini yang sedang bergerak di ibu negara Ethiopia itu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Nahas berlaku di Subbandar Bole ketika ekskavator itu sedang beroperasi di jalan raya, dengan timbanya jatuh menimpa bas mini berkenaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya enam penumpang maut di tempat kejadian, menurut polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Beberapa penumpang lain yang menaiki bas mini itu turut mengalami kecederaan serius dan ringan, kata polis.

Menurut pihak berkuasa,  mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di kemudahan kesihatan berhampiran manakala siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kemalangan.

Insiden itu merupakan antara siri nahas jalan raya maut yang berlaku di negara Afrika Timur berkenaan, yang sering dikaitkan dengan pemanduan cuai, penguatkuasaan undang-undang yang lemah, keadaan kenderaan yang tidak baik dan faktor lain.

Dengan jumlah kenderaan meningkat seiring pertumbuhan ekonomi negara dan perkembangan golongan kelas pertengahan, pakar menggesa penguatkuasaan keselamatan yang lebih ketat, pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh serta sistem pelesenan yang lebih ketat bagi mengelakkan tragedi serupa pada masa hadapan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement