awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan YDP Majlis Agama Pattani parah ditembak selepas solat Jumaat

Bernama
Bernama
08/06/2018
22:11 MYT
Timbalan YDP Majlis Agama Pattani parah ditembak selepas solat Jumaat
Adul Cheknae cedera parah ditembak penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Lalo, Pattani, 8 Jun, 2018. - Foto BERNAMA
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani Aduldej Cheknae parah ditembak penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Jumaat.
Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi yang mengesahkan kejadian berkata, insiden berlaku di hadapan pintu masuk Sekolah Lalowittaya, Kampung Lalo di Pattani kira-kira 1.30 tengah hari (waktu tempatan).
"Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Lalo," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Sejurus kejadian itu, Aduldej dikejarkan ke hospital berdekatan dan keadaannya dilaporkan kritikal.
Mangsa yang juga merupakan Ketua Bahagian Halal Majlis Agama Islam Pattani dilantik ke jawatan baharu itu selepas memenangi pilihan raya jawatan itu November tahun lepas.
Konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand sejak 2004 telah menyebabkan kira-kira 7,000 terbunuh terdiri daripada orang awam, militan dan anggota pasukan keselamatan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aduldej Cheknae
#Kampung Lalo
#kritikal
#majlis agama Islam
#mangsa
#parah
#Pattani
#penyerang
#Sekolah Lalowittaya
#Solat Jumaat
#tembak
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan