Angka kematian akibat letusan gunung berapi di White Island, New Zealand pada bulan lalu meningkat kepada 18 orang selepas seorang mangsa yang cedera dan dirawat di sebuah hospital di Australia, meninggal dunia.
Reuters yang memetik kenyataan pihak berkuasa melaporkan, dua lagi mangsa yang tidak ditemui, dianggap sudah terkorban.
"Polis boleh mengesahkan bahawa seorang mangsa telah meninggal dunia di sebuah hospital Australia selepas menderita akibat kecederaan yang dialaminya," ujar Pesuruhjaya Polis New Zealand, John Tims pada Isnin.
Polis bagaimanapun tidak memberikan perincian tentang identiti atau warganegara mangsa itu. Kebanyakan daripada mangsa yang didedahkan identiti mereka sebelum ini merupakan rakyat Australia, atau yang bertaraf penduduk tetap.
Dua lagi yang masih belum ditemui sejak insiden itu dianggap sudah terkorban. New Zealand juga telah memperkecilkan skala operasi pencarian di pulau gunung berapi yang bernama Whakaari dalam bahasa tempatan itu, selain mengeluarkan kenyataan bahawa mayat kedua-dua mangsa tidak akan dapat dijumpai.
Sewaktu insiden letusan pada 9 Disember lalu, terdapat 47 orang yang kebanyakannya pelancong, sedang berada di atas White Island ataupun berdekatan lokasi itu.
Mangsa lain yang masih hidup kini masih menerima rawatan di hospital di New Zealand dan Australia akibat kecederaan lecur teruk yang dialami.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, siasatan penuh terhadap insiden itu akan mengambil masa selama setahun.
Agensi
Mon Jan 13 2020
Sewaktu insiden letusan pada 9 Disember lalu, terdapat 47 orang yang kebanyakannya pelancong, sedang berada di atas White Island ataupun berdekatan lokasi itu. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi
Kementerian Pelancongan Indonesia bertindak pantas dengan mengaktifkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) melalui Badan Pelaksana Labuan Bajo Flores (BPOLBF).
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.
6 maut dalam letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil.
Gunung berapi Nyamulagira meletus
Letusan itu menyebabkan lava keluar dari kawah gunung dan mengalir ke arah utara, barat dan barat daya, kata pengarah saintifik OVG Charles Balagizi.