INTERNATIONAL
Tragedi solat Jumaat: Malaysia kutuk serangan pengganas di Christchurch

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti. - Foto AP
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap orang awam di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand serta mendesak pengganas tersebut dibawa ke muka pengadilan, kata Wisma Putra.
Sehingga pukul 3.00 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan pengganas itu namun terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan sedang dirawat di hospital.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti.
"Talian Hotline telah disediakan di Suruhanjaya Tinggi untuk memudahkan sebarang pertanyaan mengenai situasi semasa," kata kenyataan tersebut.
Selain itu, Suruhanjaya juga boleh dihubungi menerusi e-mail [email protected] atau [email protected]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami