awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan umum perjanjian perdagangan utama libat 'sebuah negara besar dan amat dihormati'

Bernama
Bernama
08/05/2025
03:30 MYT
Trump akan umum perjanjian perdagangan utama libat 'sebuah negara besar dan amat dihormati'
Pengumuman ini dibuat di tengah-tengah laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China yang sedang berlangsung di Switzerland. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi mengumumkan satu perjanjian perdagangan utama yang melibatkan sebuah negara yang disifatkannya sebagai "besar dan amat dihormati," menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

Ringkasan AI
  • Presiden AS, Donald Trump akan mengadakan sidang media pada Khamis untuk mengumumkan perjanjian perdagangan utama dengan sebuah negara yang dianggapnya "besar dan amat dihormati."
  • Pengumuman ini dibuat di tengah-tengah laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China yang sedang berlangsung di Switzerland.
  • Naib Perdana Menteri China, He Lifeng akan bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di Switzerland untuk membincangkan isu tarif, atas permintaan AS.

Sidang media itu dijadual berlangsung pada 10 pagi waktu timur AS (14:00 GMT), namun Trump tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam perjanjian berkenaan, lapor Reuters.
Pengumuman ini dibuat ketika laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China sedang berlangsung di Switzerland.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kementerian Luar China pada Rabu mengesahkan Naib Perdana Menteri He Lifeng akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent di Switzerland bagi rundingan isu berkaitan tarif.
He Lifeng, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-AS akan mengetuai delegasi China ke Switzerland dari Jumaat hingga Isnin.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dilaporkan berkata mesyuarat itu diadakan atas permintaan AS.
Rundingan diadakan susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara kedua-dua negara baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang tarif
#Amerika Syarikat
#China
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami