Skip to main content

Dunia

Trump bayangkan status perjanjian iran diketahui dalam 10 hari, beri amaran tindakan lanjut

U.S. President Donald Trump speaks to reporters onboard Air Force One, on travel from West Palm Beach, Florida, to Joint Base Andrews, Maryland, U.S., February 16, 2026. REUTERS/Elizabeth Frantz
Trump bagaimanapun mengakui bahawa usaha untuk mencapai 'perjanjian yang bermakna' dengan Tehran terbukti sukar berdasarkan sejarah. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL/WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata status berhubung kemungkinan perjanjian dengan Iran akan menjadi jelas tidak lama lagi, sambil memberi amaran bahawa Washington mungkin terpaksa meningkatkan tindakan jika rundingan gagal mencapai matlamat.

"Kita mungkin perlu mengambil langkah lebih jauh, atau mungkin tidak," katanya pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan di Washington, sambil menambah bahawa keadaan itu berkemungkinan besar akan menjadi lebih jelas "dalam tempoh kira-kira 10 hari akan datang."

Advertisement

Trump berkata utusan-utusannya telah membina hubungan kerja yang kukuh dengan wakil-wakil Iran dan rundingan sedang berjalan dengan baik.

"Iran merupakan tumpuan utama ketika ini, dan mereka (utusan) sedang mengadakan pertemuan serta mempunyai hubungan yang baik dengan wakil-wakil Iran. Rundingan  sedang dijalankan," katanya.

Bagaimanapun, Trump mengakui bahawa usaha untuk mencapai "perjanjian yang bermakna" dengan Tehran terbukti sukar berdasarkan sejarah.

"Selama bertahun-tahun, ia terbukti bukan sesuatu yang mudah untuk memeterai perjanjian yang bermakna dengan Iran. Kita perlu mencapai perjanjian yang bermakna. Jika tidak, perkara buruk akan berlaku," katanya.

--  BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video