awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa tidak tahu kewujudan gambar imej Paus

Agensi
Agensi
06/05/2025
01:10 MYT
Trump dakwa tidak tahu kewujudan gambar imej Paus
Donald Trump mendakwa, beliau tidak mengetahui asal-usul imej kecerdasan buatan yang menunjukkan dirinya berpakaian seperti Paus, walaupun gambar tersebut dimuat naik menerusi akaun Truth Social miliknya. - Foto X/@TrumpDailyPosts
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa, beliau tidak mengetahui asal-usul imej kecerdasan buatan (AI) yang menunjukkan dirinya berpakaian seperti Paus, walaupun gambar tersebut dimuat naik menerusi akaun Truth Social miliknya.
“Seseorang mencipta gambar saya berpakaian seperti Paus dan meletakkannya di internet. Itu bukan saya yang buat. Saya langsung tidak tahu dari mana ia datang. Mungkin ia imej AI, tapi saya tak tahu apa-apa. Saya baru nampak semalam,” katanya di Pejabat Oval, White House, di sini, pada Isnin.
Tambah Trump, isterinya juga melihat gambar itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang comel.
“Sebenarnya, isteri saya kata ia comel. Dia kata: ‘Bukankah itu menarik?’” ujar Trump berseloroh.
Beberapa hari sebelum itu, Trump ada menyatakan hasratnya “ingin menjadi Paus.”
Pada Jumaat malam, gambar berkenaan - yang memaparkan beliau dalam jubah putih dan mengenakan topi Paus dengan jari telunjuk terangkat telah dimuat naik di Truth Social dan kemudian dikongsi semula oleh akaun rasmi White House di platform X.
Apabila ditanya mengapa gambar ciptaan AI itu turut dikongsi oleh akaun rasmi kerajaan, Trump hanya menjawab ringkas: “Berilah saya peluang.”
“Seseorang melakukannya sekadar suka-suka,” tambah Presiden AS itu lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#imej Paus
#Pope Francis
#gambar AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan