awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kata "mungkin" bertemu Putin bulan ini

Bernama
Bernama
19/02/2025
11:00 MYT
Trump kata "mungkin" bertemu Putin bulan ini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau "mungkin" bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bulan ini. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau "mungkin" bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bulan ini, lapor Xinhua.
Menolak kebimbangan Ukraine mengenai tidak dijemput ke rundingan AS-Rusia di Arab Saudi bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine, Trump berkata dalam sidang akhbar di estet Mar-a-Lago, Florida, bahawa Ukraine sepatutnya telah membuat perjanjian dengan Rusia tiga tahun lepas.
"Hari ini, saya dengar, 'oh, kami tidak dijemput'. Kamu sudah berada di sana selama tiga tahun, sepatutnya sudah menamatkannya... sepatutnya anda tidak pernah memulakannya. Kamu boleh sahaja mencapai perjanjian," kata Trump.
Trump juga berkata beliau tidak menolak penempatan tentera pengaman Eropah di Ukraine.
"Mempunyai tentera di sana tidak mengapa. Saya tidak akan membantahnya," katanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa AS tidak akan terlibat, "kerana kita sangat jauh".
Terdahulu pada Selasa, Setiausaha Negara AS Marco Rubio mengumumkan bahawa AS dan Rusia mencapai persetujuan mengenai empat prinsip selepas rundingan di Arab Saudi, termasuk penubuhan pasukan peringkat tinggi bagi membantu "merundingkan dan mencari jalan menamatkan konflik di Ukraine dengan cara yang berkekalan dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat".
Pertemuan di Arab Saudi ini menjadi petunjuk terbaharu terhadap pemulihan hubungan antara Washington dan Moscow yang sebelum ini tegang sejak Trump memegang jawatan pada Januari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden AS Donald Trump
#Presiden Rusia Vladimir Putin
#bertemu
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan