awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump lanjutkan tarikh akhir larangan TikTok

Bernama
Bernama
05/04/2025
09:00 MYT
Trump lanjutkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan larangan terhadap TikTok selama 75 hari. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan memberikan lanjutan 75 hari tambahan kepada ByteDance untuk menjual aplikasi perkongsian video popular TikTok kepada syarikat bukan milik China atau berdepan risiko diharamkan di AS.
"Pentadbiran saya telah bekerja keras dalam Perjanjian bagi MENYELAMATKAN TIKTOK, dan kami telah mencapai kemajuan besar," kata Trump dalam catatan di Truth Social, menurut agensi berita Xinhua
"Perjanjian ini memerlukan lebih banyak usaha bagi memastikan semua kelulusan yang diperlukan ditandatangani, sebab itulah saya menandatangani Perintah Eksekutif untuk memastikan TikTok terus beroperasi untuk 75 hari tambahan," katanya.
"Kami berharap dapat terus bekerjasama secara jujur dengan China," tambah beliau.
Trump, yang memegang jawatan presiden pada 20 Jan lepas, sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan larangan terhadap TikTok selama 75 hari "bagi memberi peluang kepada pentadbirannya menentukan langkah yang sesuai berhubung TikTok."
Pelanjutan itu dijadualkan tamat pada 5 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#TikTok
#ByteDance
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan