awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump: "Peluang sebenar untuk kemajuan di Asia Barat"

Bernama
Bernama
28/09/2025
21:30 MYT
Trump: "Peluang sebenar untuk kemajuan di Asia Barat"
Presiden Trump berkata, beliau tidak akan membenarkan Israel mengilhakkan Tebing Barat. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, terdapat "peluang sebenar untuk kemajuan di Asia Barat," lapor Anadolu Ajansi.
"Semua pihak bersama untuk sesuatu yang istimewa, buat pertama kali," tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
"Kami akan melaksanakannya," tambah beliau.
Kenyataan itu dibuat susulan mesyuarat pelbagai hala pada Selasa dengan beberapa pemimpin negara majoriti Islam di luar sidang Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Mesyuarat bersama pemimpin Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan itu memberi tumpuan utama kepada konflik Gaza serta usaha damai.
Trump membentangkan pelan 21 perkara yang bertujuan menamatkan perang Gaza, memastikan pembebasan tawanan serta memulihkan wilayah berkenaan di bawah pentadbiran tanpa Hamas.
Presiden AS itu juga berkata, beliau tidak akan membenarkan Israel mengilhakkan Tebing Barat.
Trump dijadualkan bertemu secara berasingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin bagi membincangkan cadangan berkenaan.
Tentera Israel telah membunuh lebih 66,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, di Gaza sejak Oktober 2023.
Pengeboman berterusan telah menjadikan wilayah itu tidak lagi boleh didiami serta mengakibatkan kebuluran dan penularan penyakit.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#kemajuan Asia Barat
#israel serang gaza
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan