WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung AS bagi membolehkan beliau menyertai pilihan raya di negeri Colorado, umum pasukan kempen Trump pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dengan langkah itu, Trump sedang berusaha untuk membatalkan keputusan mahkamah tertinggi di Colorado bahawa beliau hilang kelayakan daripada pengundian negeri untuk pilihan raya 2024.

Beliau tidak boleh menyertai pilihan raya itu selepas didapati terlibat dalam rusuhan di Capitol pada 6 Jan 2021.

Pada 20 Dis, Mahkamah Agung Colorado memutuskan bahawa Trump hilang kelayakan untuk pemilihan yang akan diadakan pada 5 Mac itu.

Trump berharap untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan kembali ke Rumah Putih tetapi lawannya cuba untuk mengeluarkan nama beliau daripada kertas undi di beberapa negeri.

Lawan Trump berhujah atas dasar pindaan perlembagaan yang mengecualikan individu daripada pilihan raya kerana menghasut 'pemberontakan' terhadap perlembagaan dan usaha itu setakat ini hanya berjaya di Colorado dan Maine.

-- BERNAMA