awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump terima surat dari Zelenskyy, nyatakan kesediaan untuk rundingan semula

Bernama
Bernama
05/03/2025
06:32 MYT
Trump terima surat dari Zelenskyy, nyatakan kesediaan untuk rundingan semula
Trump telah menerima surat daripada Zelenskyy yang menyatakan kesediaan Ukraine berunding semula bagi mencapai keamanan. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi ucapannya di hadapan Kongres berkata beliau telah menerima surat daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yang menyatakan kesediaan Ukraine berunding semula bagi mencapai keamanan yang berkekalan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Sebentar tadi, saya menerima surat penting daripada Presiden Zelenskyy dari Ukraine. Surat itu menyatakan, "Ukraine bersedia untuk duduk di meja rundingan secepat mungkin bagi keamanan yang berkekalan. Tiada siapa yang inginkan keamanan lebih daripada rakyat Ukraine...
"Saya dan pasukan saya bersedia untuk bekerjasama di bawah kepimpinan teguh Presiden Trump bagi memperoleh perdamaian yang berkekalan.
"Mengenai perjanjian mineral dan keselamatan, Ukraine sedia untuk menandatanganinya pada bila-bila masa dan dalam apa jua format yang sesuai," kata Trump, memetik surat itu.
Zelenskyy turut mengucapkan penghargaan atas apa yang telah dilakukan oleh Washington untuk membantu Ukraine.
"Saya menghargai bahawa beliau mengirimkan surat ini. Saya baru menerimanya sebentar tadi," kata presiden AS itu.
Trump juga menegaskan bahawa dalam masa yang sama, mereka mengadakan perbincangan serius dengan Rusia dan beliau menerima "isyarat kuat" bahawa Rusia bersedia untuk berdamai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Volodymyr Zelenskyy
#Ukraine
#rundingan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan