awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tuntut Ketua Eksekutif Intel Lip-Bu Tan letak jawatan

Bernama
Bernama
07/08/2025
23:10 MYT
Trump tuntut Ketua Eksekutif Intel Lip-Bu Tan letak jawatan
Tan, yang pernah mengetuai syarikat pembangunan cip Cadence, dilantik menerajui Intel pada Mac lepas selepas pencarian selama beberapa bulan. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa Ketua Eksekutif Intel, Lip-Bu Tan, supaya meletakkan jawatan serta-merta selepas seorang senator AS mendakwa Tan terlalu rapat dengan China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tan, 65, yang pernah mengetuai syarikat pembangunan cip Cadence, dilantik menerajui Intel pada Mac lepas selepas pencarian selama beberapa bulan.
Senator Republikan Tom Cotton mendakwa Cadence di bawah kepimpinan Tan telah menjual produk secara haram kepada sebuah universiti tentera di China dan menyalurkan teknologi kepada sebuah syarikat China.
Terdapat juga laporan bahawa Tan mengawal "puluhan" syarikat di China.
Cotton telah memberi tempoh kepada lembaga pengarah Intel untuk memberikan penjelasan menjelang pertengahan Ogos, dan kini menerima sokongan Trump yang menulis di platform Truth Social bahawa Tan "mempunyai konflik kepentingan yang serius dan mesti meletakkan jawatan serta-merta."
"Tiada penyelesaian lain bagi masalah ini," kata Trump.
Intel mendominasi industri cip suatu ketika dahulu, namun ketinggalan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Syarikat itu sebelum ini berhasrat untuk memindahkan keunggulannya dalam pasaran komputer peribadi (PC) ke dalam peranti mudah alih, tetapi pesaing yang menawarkan pemproses lebih cekap tenaga berjaya menguasai pasaran.
Cip telefon pintar kini kebanyakannya dibekalkan oleh pesaing Intel seperti Qualcomm dan TSMC, manakala Nvidia mendahului jauh dalam sistem cip untuk kecerdasan buatan (AI).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lip-Bu Tan
#Intel
#Donald Trump
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan