awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum AS akan ambil alih minyak Venezuela selepas penahanan Maduro

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
06:45 MYT
Trump umum AS akan ambil alih minyak Venezuela selepas penahanan Maduro
Trump menyatakan syarikat minyak AS akan membaik pulih infrastruktur minyak Venezuela dan hasil minyak akan digunakan untuk membiayai operasi ketenteraan AS. -Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa Washington akan mengambil alih kawalan ke atas industri minyak Venezuela susulan penahanan Presiden Nicolás Maduro, dengan alasan untuk membayar semula perbelanjaan AS dan memastikan kestabilan geopolitik di rantau itu.

Ringkasan AI
  • Presiden Trump mengumumkan Amerika Syarikat akan mengambil alih kawalan ke atas industri minyak Venezuela selepas penahanan Presiden Maduro untuk memastikan kestabilan geopolitik dan membayar semula AS.
  • Trump menyatakan syarikat minyak AS akan membaik pulih infrastruktur minyak Venezuela dan hasil minyak akan digunakan untuk membiayai operasi ketenteraan AS.
  • Langkah ini mencetuskan kebimbangan pihak antarabangsa, dengan kritikan terhadap tindakan AS yang disifatkan sebagai penjajahan ekonomi baru terhadap Venezuela.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
“Kami akan terajui Venezuela sehingga peralihan kuasa yang selamat dan wajar dapat dilakukan. Duit akan datang dari bawah tanah,” kata Trump dalam sidang media di Mar-a-Lago.
Beliau merujuk kepada rizab minyak Venezuela yang merupakan antara terbesar di dunia, melebihi 300 bilion tong minyak mentah.
Trump turut berkata bahawa syarikat minyak utama AS akan dihantar untuk membaik pulih infrastruktur minyak Venezuela yang telah lama terbiar.
Beliau menegaskan hasil minyak negara itu akan digunakan untuk membiayai semula kos operasi ketenteraan dan bantuan kemanusiaan yang ditanggung oleh AS.
Kenyataan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemerhati antarabangsa, yang mempersoalkan motif sebenar di sebalik tindakan ketenteraan terhadap Venezuela.
Beberapa pihak menyifatkan langkah tersebut sebagai bentuk penjajahan ekonomi baharu, manakala penyokong Trump mempertahankannya sebagai strategi untuk mengembalikan kestabilan dan menamatkan rejim yang dikaitkan dengan pengedaran dadah dan penindasan rakyat.
Trump juga memberi jaminan bahawa aliran eksport minyak Venezuela ke China akan diteruskan, walaupun AS kini mengawal operasi negara itu.
“Kami tidak mahu pihak lain mengambil alih Venezuela dan menyalahgunakannya,” katanya, sambil menambah bahawa AS akan memastikan peralihan kuasa berlaku secara terkawal.
Sementara itu, pemimpin pembangkang Venezuela, María Corina Machado, menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan, namun Trump secara terbuka mempersoalkan keupayaannya, menimbulkan spekulasi bahawa Washington mungkin akan memainkan peranan langsung dalam pentadbiran sementara negara itu.
Langkah ini dijangka mencetuskan ketegangan diplomatik dengan negara-negara seperti Rusia, China dan beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB yang menuntut penjelasan segera daripada AS berhubung tindakan unilateral tersebut.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Washington akan mengambil alih kawalan ke atas industri minyak Venezuela? A: Trump mengumumkan tindakan tersebut susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro, dengan tujuan membayar semula perbelanjaan AS dan memastikan kestabilan geopolitik di Venezuela.
  • Q: Apakah yang akan dilakukan oleh syarikat minyak utama AS di Venezuela berdasarkan kenyataan Trump? A: Syarikat minyak utama AS dihantar untuk membaik pulih infrastruktur minyak Venezuela yang telah lama terbiar.
  • Q: Apakah reaksi pemerhati antarabangsa terhadap tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela? A: Pemerhati antarabangsa mempersoalkan motif sebenar tindakan tersebut, dengan beberapa menyifatkan langkah itu sebagai bentuk penjajahan ekonomi baharu.

Topic Berkaitan
#Venezuela
#Donald Trump
#industri minyak
#Nicolas Maduro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan