awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami Selat Sunda: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Kementerian Luar Negeri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/12/2018
08:21 MYT
Tsunami Selat Sunda: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Kementerian Luar Negeri
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu. - Astro AWANI / Google Map
Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan pada Ahad mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan atau terkesan akibat kejadian tsunami yang melanda Anyer, Banten, di Indonesia malam tadi.
Sementara itu, Penolong Penasihat Pertahanan di kedutaan itu, Leftenan Kolonel Rosmal Abdul Malek berkata, setakat jam 10.15 pagi ini (9.15 waktu tempatan), tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terlibat.
“Sehingga kini, tiada laporan yang diterima mengenai rakyat Malaysia yang terlibat dengan kejadian ini.
“Kedutaan akan terus memantau kejadian tersebut dengan rapi dan memberikan maklumat sewajarnya.
“Rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian +62 813 80813036,” kata Rosmal.
Terdahulu, jumlah korban kejadian susulan bencana itu dilaporkan meningkat kepada 43 orang sementara 584 lagi cedera, menurut Ketua Pusat Data & Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Anyer
#Banten
#cedera
#Indonesia
#Jakarta
#kedutaan
#Malaysia
#rakyat
#Selat Sunda
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan