LONDON: Tujuh maut dalam nahas kereta di Cleveland, Britain, awal pagi Sabtu, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
“Turut maut dua pegawai Polis Cleveland yang sedang bertugas dalam kenderaan polis selain lima orang awam yang menaiki Volkswagen Passat," kata polis dalam satu kenyataan.
"Passat itu melalui laluan bertentang di sepanjang A66 dan bertembung dengan kenderaan polis yang dalam perjalanan di jalan yang sama…," menurut kenyataan itu sambil menambah kesemua individu dalam kedua-dua kenderaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam satu kenyataan berasingan, polis mengenal pasti dua pegawai itu sebagai PC Matthew Blades, 37, dan PC Tom Clough, 38.
Perdana Menteri Britain Andy Burnham berkata di media sosial bahawa beliau sangat sedih mendengar bahawa kedua-dua pegawai itu telah kehilangan nyawa mereka semasa bertugas di Cleveland, bersama lima orang awam.
Devastated to hear that two police officers have lost their lives while on duty in Cleveland this morning, as well as five members of the public.
My thoughts are with the families and loved ones of everyone involved, and with everyone at Cleveland Police.
Thank you to the…— Andy Burnham (@andyburnham) August 22, 2026
-- BERNAMA-XINHUA